winter break 2016,prague,czech republic part 8


kami naik bas je pergi prague,vienna ke prague 3 jam je,
pasport control pun tak payah turun,,
dan yang bestnya bus yang mira tempah online ni,macam flight service diaa,
ada pramugari bas,ada jual makanan dlm bas,ada tv,ada plug,ada wifi,
ada coffe/hot choc free,
dan bas ni paling murah among other bus yang lain untuk ke prague,
iaitu :studentagency bus,

dalam bas,nad tunjuk artikel pasal 2 hari lepas ada riot atau pun demo anti muslim dekat prague,
kiteorang tak biasa dengan benda benda macam ni dekat europe
kalau dekat egypt tu ,,dah biasa la,memang time riot pun kiteorang berani je keluar,
cuma takot dekat europe ni lain sikit,cuak tu dah naik dah,,
tambah bila tau presiden czech ni memang sokong gerakan anti muslim..

tiba tiba stewardess bus buat announcement
due to demonstration dekat bandar,arrival ke florenc bus station maybe delay,
so dia bagi option stop dekat opatov or florenc tp if florenc delay,
pening tak tau nak pilih mana,opatov tu dekat mana'
entah mana mana ntah,
orang dalam bas,hampir 3/4 turun opatov,
lastly kiteorang decide turun jugak dekat florenc even delay
tapi rupanya,delay 10 minit je,bunyi macam delay 1jam,buat cuak jela,
SEGWAY DIMANA MANA,

bila turun je stesen bas florenc,orang macam pandang semacam  je dekat kami,
tak tau sebab demo 2hari lepas,atau sebab kami pakai tudung,cuak dah time tuuu,
siap dah fikir tak nak keluar hostel hari tu,duduk je dekat hostel,punyalah kecutt,
kami amik subway,,beli tiket subway dekat machine,,pastikan guna duit syiling yang kecikk,,
sebab even 50 koruna dia tak nak accept,harga 24 koruna,for 30minit,
oldtown square

bila sampai area hostel,,takda apa pun,tenang je,,maybe habis demo,habis macam tu jela
check in hostel,rehat,,memandangkan tenang je,so keluar jela kan jalan,takkan nak teperap jugakk...
kami jalan yang dekat dekat je dengan hostel,
area oldtown,,
astronomical clock

lepas tu cari kedai makan,,tak susah nak cari yang halal dekat prague,google je siap2,
harga pun okay,kami makan nasi dengan ayam,portion banyak,3 euro je,
rasa berbaloi jugak la daripada kebab 3euro,

Badluck :
mira nak tukar duit usd mira,ke koruna ,tak tau kenapa tak perasaan sangat exchange rate dekat primis tu dia amik half daripada price,sumpah tak perasaaaannn,
sebab biasa kedai exchange takkan lari jauhhhh,,bila dah tukar tu baru perasaan apesal rugi ni,then tengok board rate,demm,,rasa nak cucuk mataaaa,,!
nak mintak tukar tak boleh dah,redho jelaa,,
so gais,before tukar duit dekat exchange primis mana mana dekat prague,sila tengok rate dia duluuu,,rugi dalam 250 koruna kott,,250 tu boleh beli a lottt of thingss dekat prague ni,,T.T
PENGAJARAN BUAT DIRI SENDIRI  MIRAAA,,

p/s
Air mineral dekat vienna dengan prague ada dua jenis,satu bersoda,satu lagi yang neutral,so pandai2 baca dekat botol,even tak faham ,tengok macam label panjang sikit,yg tu bersoda la tu,tak pun tanya je dekat kaunter,sebab yang bersoda,,tak sedappp,,dan tak boleh nak telann bagi mira

3 komen:

Ahmad Hasif said... [Reply]

best berjalan2 ye. tengah cuti ke tu?

ooo tak tengok rate exchange eh.. adoi.. lain kali hati2 ler alert tu mata ya...


Singgah Sini.. Jemput baca

Nak Cari 20 Orang Yang Nak Belajar SEO> site.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

sronoknya dpt bjln ke negara org..

Siqah Hussin said... [Reply]

seronok dapat berjalan ke negara orang. bangunan sana unik..