winter break 2016,zagreb croatia part 2

fokus dekat pelangi belakang tuuu

pukul 7.30 bus betolak daripada vienna stadion ke zagreb
bas sangat punctual,,untuk elak kena tinggal,datang la sejam atau setengah jam awal,
(semua tiket transport intercity mira beli online,)
station stadion ni dekat dengan shopping complex stadion dan stesen wien stadion,,

sepatutnya sampai 11.30,,tapi lewat sejam,,sampai 12,30 dekat zagreb,
sampai stesen bus,kiteorang tukar duit,dan beli one day pass untuk tram ,,
dan pergi kaunter info,sebab nak beli tiket plitvice,tapi tak de rezeki nak pergi plitvice,

amik tram no 6 daripada autobusni kolodvor zagreb,,berhenti dekat trg jelacica,,
then nak kena cari guesthouse,,
luckily guest house sangat dekat dengan tempat tram behenti tadi,,
owner dia pun memang tengah tunggu kehadiran kiteorang,,
guest house lessi,recommended sangat2,dekat dengan upper town dengan lower town,
murah pulak tu,owner pun baikkk ,,

oh dan lagi satu,air paip dekat croatia boleh minum,sama macam sweden dgn denmark,
setiap botol mineral ada quote yg berbeza beza
--------------------------------------------------
memandangkan kiteorang sampai dah hampir nak ke petang,,so plan hari ni cuma nak ke masjid zagreb,,
amik tram line 6 dari trg jelacica tu pergi ke folnigoviceno,,
dari situ jalan kaki dlm 10 minit sampai ke masjid zagreb,,

memandangkan sebelum ni mira pernah baca dekat blog orang lain pasal makan dekat restoran masjid tu best,,so mira dengan kawan decide makan dekat situ la,,sebab ada nasi dengan ayam,,
ingat harga berbaloi dengan kuantiti,,but honestly bagi mira,,harga dengan kuantitinya tak sepadan,,

lepas makan,,,solat jamak magrib isyak dekat masjid ni,,
masa nak solat tu ada dua lelaki naik dekat bahagian pempuan,duduk dekat saff depan,
mira tak pasti kenapa,tp assume maybe dorang ditugaskan untuk jadi imam dekat bahagian atas,
--------------------------------------------------
orang islam dekat zagreb ni lain sikit,mira suka cara dorang,identiti dorang,,
dekat masjid tu boleh nampak anak anak muda laki perempuan dekat masjid,
laki dia pakai rugged,muka gangster,tp bila berselisih dengan kiteorang,dia bagi salam kot,
kagum kejab dekat situ,,tak cukup dengan tu,,
lepas solat magrib tu,semua jemaah buat solat rawatib,bertambah lagi rasa kagum dekat situ..

--------------------------------------------------
balik dari masjid,naik tram,suddenly tram x beroperasi dengan baik,,turun dari situ,,
jalan kaki pergi tunggu tram lain,,dekat 1 jam jugak tunggu tram,then decide untuk jalan kaki untuk balik guesthouse,
----------------------------------------------------
outflow
makan : 45 kuna
air : 7kuna
1 day pass tram : 30 kuna

people we met :
masa dekat kawasan perumahan nak ke masjid zagreb,ada kereta berhenti,,sebab nampak kami mcm sesat cari agaknya,,dia terus tanya,kitaorang ni tengah cari masjid ke,,
then terus je dia tunjukkan arah,,
rasa mcm baikknyaaa org zagreb,tak tanya pun,,dia tengah drive kot,sanggup behenti untuk tolong kitaorang yg muka sesat niii :D

5 komen:

Ana Fatihah said... [Reply]

Uniknyaa masjid dia. Dan, suka sgt dengar kebaikan2 orang luar ni. Boleh amik iktibar kan?.. :)

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

cntik cntik tmpatnya..

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Bestnyaaaa! Eh Mira jalan sekali dengan Aliah eh?

amira faqihah said... [Reply]

@ana : cantikan,,org panggil masjid tembikai haha

amira faqihah said... [Reply]

@ardilla : ahha flight samaa,,hr first je jln sama,then seperate dgn aliah :D